Kampung Warisan Budaya
The Heritage Cultural Village (HCV), located next to Victoria Bridge, Karai, Kuala Kangsar is a new tourist attraction in Perak. HCV is a one stop architecture and cultural centre for Malay traditional houses built in Peninsula Malaysia.
HCV Complex comprises of a main block that house a heritage gallery and exhibition spaces. The heritage gallery is an information centre for Malay Traditional Houses and Culture where models, write-ups and tools are on display. Books are also available for sales and references.
The outdoor display area comprises of replicas of 11 traditional Malay houses that were built between 1840-1940 in the Malay states of Malaya. Visitors will be able to appreciate and understand the similarities of differences of each house according to the states.
www.kampungwarisanbudaya.com
. . . . . . . . . .
. . . . . . . . . .
Jika anda berkunjung ke Kuala Kangsar, jangan lupa untuk singgah di Kampung Warisan Budaya, Karai iaitu kira-kira 8 km sahaja dari bandar Kuala Kangsar melalui Jalan Persekutuan menghala ke Ipoh.
Kampung Warisan Budaya (KWB) terletak di pinggiran Sungai Perak bersebelahan dengan Jambatan Warisan Victoria Karai, Enggor Kuala Kangsar Perak. KWB terhasil dengan kerjasama tiga pihak yang terdiri daripada sebuah syarikat anak jati Karai iaitu MZH Development Sdn Bhd sebagai pemaju, Persatuan Pencinta Senibina Melayu sebagai pengguna dan D Village Hotel sebagai operator.
Antara tujuan KWB dibina adalah untuk menambah produk pelancongan di Karai serta mengambil peluang atas pertambahan bilangan pelancong yang datang melawat Jambatan Warisan Victoria selain dari membantu meningkatkan taraf sosio ekonomi penduduk setempat. KWB adalah merupakan sebuah kompleks warisan senibina yang menempatkan 11 buah replika rumah-rumah tradsional Melayu yang terdapat di Semenanjung Tanah Melayu pada suatu ketika dahulu.
Warisan yang begitu unik dan mengkagumkan ini perlu ditonjolkan agar generasi baru dapat memahaminya supaya kelestarian warisan bangsa ini terus kekal sepanjang zaman. KWB menerusi Persatuan Pencinta Senibina Melayu (PPSM) mempunyai Galeri Warisan yang menempatkan bahan-bahan rujukan serta maklumat tentang senibina rumah tradisional Melayu termasuk model, peralatan, buku dan rencana. Masyarakat yang berminat boleh rujuk bahan-bahan tersebut di satu sudut bacaan yang disediakan bagi mendapatkan informasi yang diperlukan. Selain daripada itu terdapat 11 replika rumah tradisonal Melayu yang ditawarkan sebagai penginapan kepada masyarakat yang ingin merasai pengalaman berada di perkampungan tradisional Melayu disamping melihat peralatan yang digunapakai pada ketika itu.
KWB juga dilengkapi dengan ruang pameran terbuka dan tertutup untuk disewa dengan harga yang berpatutan bagi tujuan promosi produk-produk yang berkaitan dengan warisan dan budaya agar aktiviti warisan budaya dapat dijalankan sepanjang masa. Adalah diharapkan pihak Kerajaan dan swasta akan dapat menganjurkan apa juga aktiviti yang berkaitan di KWB. Tujuannya adalah untuk memperkenalkan serta menghidupkan kembali aktiviti warisan budaya kepada seluruh masyarakat di tempat yang lebih sesuai, sempurna dan selesa.
www.kampungwarisanbudaya.com